MUHARAM...
6:14 PM | Author: mohd daud bin hassan
Diperhatikan bahawa umat islam di kala ini terumanya di tanahair kita menyambut kemunculan bulan mulia ini ala kadar sahaja.Berlainan sekali apabila tibanya musim tahun baru Masihi.Hinggakan tidak menyedari datangnya 1 Muharam dan membiarkannya berlalu begitu sahaja.Begitulah liciknya perancangan para kuffar untuk memesong,meminggir dan akhirnya membakul sampahkan keutamaan dan kemuliaan hari-hari dalam islam daripada benak pemikiran umat islam seantara dunia.

Muslimin dan muslimat yang dikasihi kerana Allah S.W.T,
Di dalam bulan ini banyak peristiwa besar berlaku yang seharusnya disebut,dipeingati dan diwarisi buat generasi muda agar tidak luput dari dada-dada pemuda pemudi islam di hari mendatang.Di antaranya ialah kemuliaan 10 Muharam (A'syura).Abu laith berkata dinamakan A'syura kerana ia jatuh pada sepuluh Muharam.

para du'at yang dirahmati,
Dalam memperingati sejarah silam yang berkait rapat dengan bulan Muharam,kita juga tidak meminggirkan peristiwa besar yang berlaku pada awal kebangkitan islam iaitu peristiwa penghijrahan nabi Muhammad S.A.W dan para sahabatnya dari tanah Mekah Al-Mukarramah ke bumi barakah Madinah Al-munawwarah.padanya seribu satu i'brah dan pengajaran buat panduan perjalanan umat islam di akhir zaman ini dalam menyusuri denak denai yang pernah dilalui oleh golongan terdahulu dalam memikulbeban dakwah pada masa kini.Bermula daripada kebangkitan nabi Muhammad S.A.W sebagai rasul yang mendapat tentangan yang amat dasyat dari kaumnya sendiri,kemudian keperitan baginda dan para sahabat menanggung kalimah suci selama 13 tahun dimekah,kemudian dituruti pula peristiwa agung hijrah nabi Muhammad S.A.W dan para sahabatnya dan sambutan penuh mesra kaum Ansar dalam mendakapi kedatangan Islam dan akhirnya membawa kepada tertubuhnya sebuah Daulah Islamiah pertama di dunia di bumi Madinah Al-Munawwarah.

Maka dengan harapan menggunung tinggi buat para Azhari dan Azhariah yang terpikul tanggungjawab di bahu masing-masing agar dapat merenung kembali dan meneliti rahsia di sebalik tersirat peristiwa agung ini.Marilah bersama-sama kita 'melapah' sirah yang bernilai tinggi ini agar dapat diambil 'isinya' dan kemudian 'ditauzikkan' kepada umat islam ke seluruh pelusuk dunia amnya,di bumi tercinta Malaysia khasnya.
......UNTUKMU HAWA........
5:40 PM | Author: mohd daud bin hassan

Hawa,
Andai kau masih muda remaja,jadilah anak yang solehah buat kedua ibu bapamu, Andai engkau sudah bersuami, jadilah isteri yang meringankan beban suamimu, Andai engakau soerang ibu, didiklah anak-anakmu sehingga mereka tidak gentar memperjuangkan Ad-Diin ALLAH...

Hawa,
Andai engkau belum berkahwinj janganlah kau risaukan jodohmu.ingatlah Hawa akan janji Tuhan kita. "Wanita baik adalah milik lelaki yang baik." janganlah kau mulakan pertemuan dengan lelaki bukan muhrim kerana khuatir dari mata jatuh ke hati.Maka lahirlah senyuman lantas tercetusnya salam dan sekaligus disusuli dengan pertemuan seterusnya.cuma dibimbangi lahirnya nafsu kejahata yang menguasai diri..

Hawa,
Lelaki yang baik tidak melihat pada paras rupa.. lelaki yang soleh tidak memilih wanita melaui keseksiannya.. lelaki yang warak tidak menilai wanita melalui keayuannya mahupun kemanjaannya ataupun kemampuannya menggoncang iman kaum lelaki, tetapi lelaki yang baik menilai wanita melaui akhlak serta peribadinya , dan yang paling penting adalah pegangan agamanya..

Hawa,
Lelaki yang baik juga tidak menginginkan pertemuan dengan wanita yang bukan muhrimnya kerana dia takut memberi kesempatn epada syaitan untuk menggodanya..lelaki yang warak juga tidak mahu bermain cinta kerana dia tahu apa matlamat dalam sebuah pertemuan antara lelaki dan perempuan iaitu sebuah perkahwinan...

Oleh itu Hawa,
jagalah auratmu..Awasilah pandanganmu..Peliharalah akhlakmu..Kuatkanlah pendirianmu.. Andai ditakdirkan tiada cinta Adam untukmu,cukuplah cinta ALLAH memenuhi dan menyinari kekosongan jiwamu..biarlah cinta dari kedua ibu bapamu menghangatkan kebahagiaan buat dirimu..Cukuplah cinta adk beradik serta keluarga yang membahagiakan dirimu..

Hawa,
Cintailah ALLAH dikala susah mahupun senang kerana kau akan memperoleh cinta daripada insan yang juga mencintai ALLAH..Cintailah kkedua ibu bapamu kerana kau akan memperolah keredhaan daripada ALLAH..Cintailah keluargamua kerana tiada cinta yang lebih bahagia dari cinta keluarga..

Akhir sekali Hawa,
janganlah tangan yang bisa menggoncang dunia itu cuba menggoncang iman lelaki kerana kelemahan lelaki adalah dirimu HAWA...

~luahan rasa~
...insan dhoif...
AKHLAK DALAM ISLAM....
4:49 PM | Author: mohd daud bin hassan
((بسم الله الحمن الرحيم

1. PENGENALAN

Manusia adalah makhluk Allah S.W.T yang teristimewa yang memiliki tabiat dan mentaliti yang mempengaruhi amalan dan tingkah lakunya, maka keperibadian inilah yang menjadi perbicaraan dan perbincangan yang utama dalam akhlak.

Memang tidak dapat disangkalkan lagi bahawa akhlak merupakan nadi utama dalam pembangunan manusia. Setiap tamadun umat manusia dari dahulu sehingga kini ianya terbina dari asas akhlak ataupun dikenali sebagai tamadun kemanusiaan, iaitu asas yang membina tamadun tersebut di luar kuasa kebendaan. Walau bagaimanapun, Islam mempunyai persepsinya yang tersendiri dan memiliki asas akhlaknya dan asas tamadunnya yang tersendiri.

2. MAKSUD AKHLAK

Dari sudut bahasa :
Ianya membawa maksud tabiat dan perangai.
Manakala dari sudut istilah ulamak :
Sepertimana yang ditakrifkan oleh Al- Ghazali : "Akhlak adalah suatu ibarat mengenai unsur yang konkrit di dalam diri yang dengannya melahirkan tingkah laku secara spontan."

Oleh itu, akhlak boleh disimpulkan dengan makna ianya sebagai suatu himpunan ma'ani dan sifat-sifat yang bertapak kukuh di dalam diri, dan ianya menjadi neraca bagi manusia dalam baik buruk sesuatu amalan dan perbuatan tersebut.

3. KEPENTINGAN AKHLAK

31. Akhlak mencorak tingkah laku.

Akhlak memainkan peranan yang penting dalam mencorakkan tingkah laku dan kehidupan seseorang. Setiap tingkah laku yang lahir daripada manusia sebenarnya adalah cernaan daripada apa yang tersemat di dalam dirinya. Sebagaimana menurut Al-Ghazali : "Setiap yang ada di dalam hati akan menzahirkan kesannya pada anggota badan sehinggalah setiap pergerakkannya adalah berlandaskan kepadanya".
Maka dengan ini sehinggalah apabila akhlak menjadi sebati
di dalam diri ia akan melahirkan tindakan spontan, bergantung kepada nilai akhlak yang ada padanya.

3.2 Neraca akhlak mempengaruhi pertimbangan.

Neraca akhlak yang sebati di dalam diri manusia akan mempengaruhi pertimbangannya dalam menilai sesuatu perbuatan. Oleh itu, kesahihan dalam pertimbangan ini bergantung kepada sejauh mana kesahihan neraca yang dipegangnya.

3.3 Akhlak mencerminkan keimanan.

Akhlak adalah cermin keimanan seseorang. Dengan erti kata lain, iman yang sempurna akan memprodukkan akhlak yang mulia atau dengan perumpamaan yang mudah, ibarat pohon yang semata-mata bergantung kepada keelokan akarnya. Sabda Rasulullah S.A.W :

أكمل المؤمنين أحسنهم خلقا

Maksudnya : "Di kalangan mu'minin yang paling sempurna imannya ialah yang terbaik akhlaknya.(1)

3.4 Akhlak sebagai simbol tamadun manusia.

Tamadun sesuatu umat adalah terletak kepada sejauh mana penghayatannya dan kemurnian sumber peradabannya. Akhlak adalah sebagai mercu tanda, berjaya atau tidaknya sesuatu umat dalam melakukan proses kemajuan dan pembangunan. Tanpa akhlak nescaya manusia akan berada di lembah kehinaan biarpun kejayaan material yang dicapai sangat menakjubkan. Faktor membelakangkan akhlak jugalah yang menyebabkan sesuatu umat tersebut tidak mencapai ketamadunan yang sebenarnya. Contohnya kepercayaan Hindu yang membelakangkan etika akhlak mengakibatkan umatnya tiada bertamadun seperti berlakunya perhambaan diri kepada hawa nafsu. (2) Begitu juga tamadun barat yang berasaskan oleh ideologi kapitalis dan lain-lain, jatuh satu persatu kerana mengkesampingkan nilai-nilai akhlak.

3.5 Akhlak adalah mangkin perubahan

Aspek keluhuran akhlak dan kerohanian perlulah diambil berat serta diberi pemfokusan yang utama dalam melakukan setiap agenda perubahan kepada masyarakat. Ini adalah kerana sebagai mangkin perubahan, sebagaimana yang telah diulas oleh Imam As Syahid Hassan Al-Banna sebagai "tongkat perubahan". Ini kerana krisis yang dihadapi oleh dunia adalah merupakan krisis kejiwaan dan kerohanian sebelum ianya menjadi krisis ekonomi dan politik.(3)

Begitulah pentingnya akhlak dalam membantu proses perubahan walaupun di saat- saat kritikal seperti dalam medan peperangan. Sejarah Islam telah membuktikan bahawa keruntuhan akhlak dan moral akan menggagalkan usaha perubahan. Seolah-olah akhlaklah yang menjadi sebagai persiapan dan persediaan dalam menempuh situasi genting perubahan ini. Kita melihat apa yang telah berlaku di Turki ketika kejatuhan Khalifah Uthmaniah, di antara faktor kelembapannya dan kejatuhannya adalah disebabkan keruntuhan nilai akhlak di kalangan pemerintah dan tentera-tenteranya.(4)

Secara kesimpulannya, dapatlah kita nyatakan bahawa akhlaklah merupakan sumber kekuatan yang dapat mengangkat darjat manusia ke tahap yang mulia. Ini kerana seseorang insan itu bukan dilihat berdasarkan tubuh badan atau anggota tetapi ianya dilihat dari segi perlakuan akhlaknya.(5)

4 . PEMBAHAGIAN AKHLAK

4.1 Al - Akhlak Al - Insaniah Al - Asasiah. ( Akhlak Asasi Manusia)

4.1.1 Ianya bermaksud segala sifat asas yang telah sedia ada bersama kewujudan insan tersebut serta mencakupi sifat-sifat yang melayakkan mereka untuk mencapai kejayaan di dunia ini. Tidak kira sama ada ianya diarahtujukan kepada matlamat yang sahih atau sebaliknya, dan sama ada dalam kontek insan tersebut beriman kepada Allah S.W.T dan hari kebangkitanNya serta risalah yang dibawa oleh para rasul bersama wahyu yang telah diturunkan, ataupun insan tersebut beriman kepada perkara-perkara yang tersebut.

4.1.2 Maka di antara sifat-sifat yang asasiah yang membolehkan seseorang insan tersebut mengecapi kejayaan di muka bumi ini ialah seperti : mempunyai kekuatan dan keazaman yang kuat dalam sesuatu perkara, menampilkan diri dalam sesuatu bidang, sabar dan thabat serta mempunyai daya ketahanan diri yang kuat dalam memikul setiap perkara yang besar lagi berat, mempunyai jiwa yang berani, nasyat dalam setiap bidang, bersedia untuk berkorban dalam apa jua keadaan ke arah mentahkikkan tujuan tersebut, ihsas tentang mas'uliah yang tertaklif ke atas dirinya, berkemampuan dalam menentukan sesuatu maukif yang berbeza berdasarkan kepada keadaan dan situasi yang juga berbeza, begitu juga berkemampuan dalam mentadbir sesuatu perkara bertepatan dengan zuruf mahupun keadaan, seterusnya menguasai dirinya apabila berada dalam situasi yang menyentuh a'watif dan perasaan dirinya serta juga mampu menarik perhatian orang ramai ke arah apa yang dia hajati.

Aspek ini juga disebut oleh Iman Syahid "Bahawa pembentukan ummah, pendidikan bangsa, merealisasikan cita-cita dan memperjuangkan prinsip memerlukan sesuatu ummah atau kumpulan yang berusaha menyeru kepadanya maka perlulah di sana mempunyai kekuatan jiwa yang hebat."

Seterusnya beliau menyambung: "Maka setiap bangsa sama ada pemimpin atau duatnya yang kehilangan empat sifat ini ia adalah bangsa yang sia-sia dan lemah yang tidak mampu sampai kepada cita-cita."

4.1.3. Dipandang pada sudut kemasyarakatan pula, masyarakat yang ingin maju, setiap individunya mestilah memiliki visi bersama yang lebih diutamakan daripada kepentingan peribadi. Maka bagi membina masyarakat yang tersusun perlu juga ada padanya segala bentuk sifat yang terpuji dan mulia seperti perkara yang menjadikan insan tersebut sopan- santun, thiqah di dunia ini dan hati yang terbuka, amanah, menepati akan janji, mempunyai sifat yang wasotiah dan juga jiwa yang suci, bersih bersama pemikiran yang sentiasa sihat.

Inilah sifat-sifat yang telah difahami oleh kebanyakan umat dan jemaah yang mana seolah-olah dijadikan bahan revolusi dan kebangkitan insaniah dan ummah, malah merupakan modal-modal yang amat berharga bagi kemanusiaan tersebut.

4.2 AL- AKHLAK AL- ISLAMIAH

Akhlak Al- Islamaiah mempunyai pertautan yang erat dengan akhlak Al-Insaniah Al-Asasiah malah akhlak inilah yang merupakan pelengkap bagi akhlak Al-Asasiah dan juga penyempurna serta mempertingkatkannya. Sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W :

انما بعثت لأتمم مكارم الأخلاق

4.2.1. Keistimewaan dan juga muhimmah yang ada pada akhlak Al- Islamiah :

i) Akhlak Al- Islamiah meletakkan akhlak asasi manusia pada paksi dan fungsinya yang sebenar serta mengarahkannya kepada kebaikan. Ini jika dilihat di sisi akhlak asasi manusia pada persepsinya yang awal boleh diarahkan kepada mana-mana arah sama ada yang baik atau sebaliknya secara serentak. Ianya terungkap ketika datangnya Islam. Akhlak Al-Islamiah dijadikan obor dan memandu akhlak Al-Asasiah tersebut kepada kedudukan yang betul dan kepada landasan yang lurus, maka apabila dikaitkan dengan suasana sekelilingnya sudah tentu akan membawanya ke arah kebaikan dan petunjuk yang benar.

Bolehlah diumpamakan sebagai pedang yang tajam yang dijadikan alat oleh perompak untuk melakukan kezaliman tanpa belas apabila senjata tersebut berada di tangannya, akan tetapi sekiranya pedang tersebut berada di tangan seorang mujahid yang berjuang fi sabilillah maka ianya merupakan satu alat yang amat baik malah ianya menjadikan suatu yang hak.

Maka, kita tidak boleh menghukum kepada sesuatu akhlak tersebut baik ataupun bagus dengan berdasarkan wujudnya akhlak tersebut di sisi seseorang tertentu, ataupun kumpulan tertentu, tetapi baik dan bagusnya adalah berdasarkan akhlak tersebut digunakan ke arah yang lurus dan betul mengikut landasan syarak.

Maka, Islam sentiasa memberikan motivasi kepada akhlak Al-Asasiah ke arah kebaikan dan yang hak. Begitu juga dalam segala keadaan yang seharusnya kepada dakwah Islam ke arah at-tauhid dan tidak ada di situ segala maksud dan tujuan yang sebalik setiap usaha manusia kecuali hanyalah semata-mata mengharapkan keredhaan Allah S.W.T. Seterusnya, perlulah menentukan segalanya di ufuk pemikirannya dan amalannya berdasarkan garis panduan yang telah disediakan oleh Allah S.W.T. Maka dengan itu, kita akan dapati natijahnya bahawa akhlak Al-Asasiah yang telah disebutkan tadi akan menuju ke arah yang lurus, manakala segala kekuatan yang terlahir dari akhlak tersebut tidak akan diekploitasikan dan dilaksanakan kecuali hanya ke arah meninggikan kalimah Al-Hak. Ini dapat mengelakkan daripada ianya digunakan ke arah kepentingan diri, keturunan, ummah ataupun negara sahaja yang hanya berdasarkan ianya boleh dan tidak boleh ataupun sesuai dan tidak sesuai.

4.2.2. Memperkemaskan dan memperkukuhkan akhlak Al-Asasiah sebagai tunjang di satu tahap. Seterusnya mengembangkan pratikalnya ke dalam hayah dan kehidupan insani sehingga mencapai ke tahap yang maksima dan agung.

Contohnya : Sabar.......Di sisi bukan Islam ia direalisasikan pada tahap yang sangat terhad, sehingga mereka yang dilihat sebagai seorang yang sabar hanya mampu bertahan di dalam medan perang dan sanggup bergelumang dengan darah namun sebaliknya terkulai layu di hadapan tuntutan hawa nafsu. Tetapi di sisi Islam di samping mempraktikkan kesabaran ia juga memperluaskan perlaksanaan dalam setiap aspek kehidupan. Bukan sekadar menggunakan kesabaran bagi menghadapi cabaran dan bencana sahaja bahkan ianya juga terhadap segala sesuatu yang meminggirkan manusia dan tersisir daripada jalan yang benar.

Inilah prinsip yang diingini oleh Islam yang menghendaki setiap muslim berdiri teguh di jalan yang benar. Begitulah juga akhlak-akhlak asasi yang lain, ianya dipratikkan dalam ruang lingkup yang sempit, sedangkan Islam merangkumkan ke semua akhlak dan membinanya di atas asas yang betul lalu memperluaskan daerah kemungkaran.

5. CONTOH-CONTOH AKHLAK YANG SEBAGAIMANA DISEBUT DI DALAM AL- QUR'AN DAN AS- SUNNAH.

5.1 Akhlak di dalam Al- Qur'an :

Al-Qur'an menyentuh sudut-sudut akhlak secara terperinci. Ini jelas di dalam beberapa ayat, contohnya :

5.1.1 Menunaikan janji :
وأوفو با لعهد ان العهد كا ن مسؤولا


5.1.2 Bersabar :
يآئيها الذين امنون اصبروا وصابروا ورابطوا ......

5.1.3 Tidak berdengki :
والذين جاءوا من بعدهم يقولون ربنا اغفر لنا ولاخواننا الذين سبقون بالايمان
ولا تجعل في قلوبنا غلا للذين امنوا ربنا انك رؤوف رحيم .


5.2 Akhlak di dalam As- Sunnah

Rasulullah adalah sebagai contoh praktikal kepada Akhlak Islam. Akhlak baginda adalah Al-Qur'an. Sehingga dipuji oleh Allah S.W.T. sebagai orang yang memiliki akhlak yang tinggi. Oleh itu, Sunnah juga menjelaskan sudut-sudut akhlak secara terperinci dalam masyarakat Islam. Contoh hadis :

5.2.1 Hak- hak muslim dan larangan dari melakukan akhlak yang keji :

لا تحاسدوا ولا تناجسوا ولا تناغضوا ولا تدابروا .........الى أخر ألحديث .
5.1.2 Ikhlas tanpa ada unsur riak :

سئل رسول الله عن الرجل يقاتل شجاعة ويقاتل حميةويقاتل رياء، واى ذلك فى سبيل الله
فقال رسول الله : من قاتل لتكون كلمة الله هى العايا
فهو فى سبيل الله.


5.2.3 Waspada :
لا يلدغ المؤمن من حجر مرتين


5.2.4 Sopan :
قال رسول الله : لأشجع عبد القيس : ان فيك خضلتان يحبهما الله له
ورسوله الحلم والأناة


6. KEDUDUKAN AKHLAK DALAM ISLAM

Akhlak berada di tahap yang tinggi dalam Islam. Bahkan ia adalah binaan asasi dalam Islam bersama syariat dan aqidah.

6.1 Tujuan Ar-risalah dikaitkan dengan pembentukan akhlak. Sebagaimana di dalam hadis :

إنما بعثت لأتمم مكارم الأخلاق

6.2 Ad- Din ini dita'rifkan dengan akhlak yang baik. Sebagaimana disebut di dalam hadis yang mursal bahawa seorang lelaki datang kepada Rasulullah S.A.W dan bertanya tentang diri ini. Lalu baginda S.A.W menjawab :
حسن الخلق

6.3 Akhlak juga disebut oleh Rasulullah S.A.W sebagai pemberat timbangan di hari akhirat :

أثقل ما يوضع في الميزان يوم القيامة تقوى الله وحسن الخلق

6.4 Mukmin yang berbeza-beza keimanan dan di antara yang paling afdhal di kalangan mereka ialah yang paling baik akhlaknya. Rasulullah S.A.W pernah ditanya tentang mukmin yang paling afdhal imannya lalu baginda menjawab :
أحسنهم خلقا

6.5 Orang yang paling hampir dan dikasihi kepada Rasulullah S.A.W di hari akhirat adalah orang yang paling baik akhlaknya. Rasulullah bersabda :

ان أحبكم اي وأقربكم مني مجلسا يوم القيامة أحسنكم أخلاقا

6.6 Akhlak adalah syarat yang asasi untuk masuk ke dalam syurga dan jatuh dari api neraka. Tidak cukup dengan hanya solat dan puasa. Bahawa para sahabat pernah bertanya kepada Rasulullah S.A.W. mengenai seorang wanita yang menunaikan solat dan berpuasa tetapi menyakiti jirannya dengan kata-katanya. Lalu baginda menjawab :

لاخير فيها هى من أهل النار

6.7 Rasulullah S.A.W. memohon kepada Allah S.W.T. agar dikurniakan dengan akhlak yamg baik dan Allah S.W.T. sendiri mengakui dan memuji kebaikan Rasulullah S.A.W.

وانك لعل خلق عظيم

7. KEISTIMEWAAN AL- AKHLAK AL- ISLAMIAH.

Akhlak Al-Islamiah mempunyai banyak keistimewaannya yang tersendiri, dan tidak ada di sana sedikitpun kecacatan dan kekurangan. Di antaranya :

7.1 Rabbani .

Islam menjadikan matlamatnya adalah mencari keredhaan Allah S.W.T sebagai asas dalam kehidupan manusia. Asas ini menjadikan akhlak manusia tetap ampuh dan tidak berubah-ubah mengikut peredaran zaman. Sehubungan itu, akhlak tidak harus menggunakan wasilah-wasilah yang keji dan buruk semata-mata untuk mencapai seseuatu matlamat yang baik.

7.2 Syumul.

Ia mencakupi setiap juzuk dalam kehidupan seharian manusia. Tiada suatu sudut pun yang tidak disentuh oleh akhlak Islam, samada pergaulan, kekeluargaan, kemasyarakatan, politik dan termasuklah dalam medan peperangan.

7.3 Praktikal (amali).

Islam menuntut manusia agar membangunkan sistem yang berlandaskan syariat Islam dan akhlak dalam masyarakat mereka. Di samping mereka menolak unsur-unsur mungkar yang terdapat dalam masyarakat.

7.4 Balasan .

Islam tidak memandang akhlak sebagai urusan peribadi tetapi Islam meletakkan akhlak antara yang disuruh dan akan dikenakan balasan kepada sesiapa yang meninggalkannya. Sebagai contoh ; saksi palsu, pecah amanah dan sebagainya.


8.PEMBENTUKAN AKHLAK.

Adakah akhlak merupakan sesuatu perkara yang beku yang tidak mampu diubah, sebagaimana sifat tubuh badan yang tidak boleh diubah ? Ataupun adakah akhlak mampu dibentuk dan dicanaikan ke arah yang baik ?

Ulamak berselisih pendapat mengenai perkara asas ini. Walau bagaimanapun, kebanyakannya menegaskan bahawa akhlak boleh dibentuk. Menurut Al-Ghazali r.a : "Merubah akhlak adalah perkara yang mungkin." Sekiranya tidak, mengapa Rasulullah S.A.W ada menyebut : "Perbaikilah akhlak kamu." (6)

Walau bagaimanapun, adalah tidak dinafikan bahawa sebahagian manusia dikurniakan dengan sifat yang tertentu yang membentuk identiti mereka. Sebagai contoh, sifat kecerdikan atau kelembutan....Sebagaimana di dalam hadis al-Asyaj Abdul Qais.


8.1 Asas- asas pembentukan akhlak.

Perbezaan yang berlaku dalam menilai dan membentuk akhlak di antara suatu zaman atau sesuatu bangsa dan masyarakat bergantung kepada tasawwur atau asas yang ada pada mereka.

Bagi masyarakat Islam, asas yang membentuk berbeza kerana ianya diasaskan oleh tasawwur-tasawwur yang tertentu, yang berteraskan keimanan kepada Allah S.W.T yang Maha Esa. Antara tasawwur- tasawwur tersebut :

8.1.1 Tasawwur manusia dengan penciptanya.

Apakah hubungan manusia dengan Tuhannya? Apakah mereka akan dipertanggungkan di hadapannya? Apakah matlamat kewujudan mereka? Maka, tasawwur manusia yang jelas tentang tuhannya dan matlamat kejadiannya akan membina neraca yang sebenar mengenai akhlak yang mesti mereka amalkan.

8.1.2 Dalam pada itu, Islam meletakkan rujukan yang bersifat kekal iaitu Al- Qur'an dan As-Sunnah yang menerangkan asas-asas akhlak. Menerangkan mana yang baik dan mana yang tidak baik. Kedua-duanya sudah cukup untuk menerangkan cara hidup muslim yang sebenar dengan akhlak yang terperinci dalam setiap aspek kehidupan.

8.1.3 Ketakutan kepada Allah S.W.T dan kepada balasan akhirat nanti.

8.1.4 Aqidah iman dan hari akhirat.


9. EMPAT MARATIB AKHLAK .

"Akhlak Islam menurut kaca mata Al-Qur'an dan As-Sunnah terbina berdasarkan kepada empat maratib, iaitu Iman, Takwa, dan Ihsan. Keempat-empat unsur tersebut disusun menurut keutamaan. Iman sebagai asasnya kemudian diikuti Islam yang membina takwa dan akhirnya ihsan.

Kepincangan kepada iman akan mengakibatkan kepincangan kepada Islam, takwa dan ihsan yang secara serentak. Begitulah seterusnya."

9.1 Iman.

Iman adalah asas kehidupan Islam. Tidak dinafikan bahawa pengiktirafan iman merupakan prasyarat yang utama untuk seseorang itu diterima sebagai muslim. Tetapi adakah cukup sekadar pengakuan ?.

Maka dari itu, kehidupan Islam yang sempurna mestilah dibina di atas iman yang syumul yang mencakupi seluruh aspek hayah yang tertanam kukuh ke akar umbinya.

9.2 Islam .

Apabila tunjang iman telah bertapak kukuh maka tersergamlah sebuah binaan Islam. Islam sebenarnya adalah merupakan cernaan iman ke dalam amal. Maka akan lahir darinya kehidupan Islam yang amali dan pratikal dengan akhlak dan muamalatnya.

9.3 Takwa

Taqwa adalah keadaan dalaman yang timbul disebabkan perasaan takut kepada Allah S.W.T sehingga ia menampakkan kesannya dalam kehidupan. Keadaan dalaman inilah yang akan menjadikan peka terhadap setiap tingkah lakunya, yang mana adakah ianya bertepatan kasihnya kepada Allah S.W.T.

Perasaan ini akan melahirkan sikap taat kepada setiap arahan dan takut sekiranya ia melanggar dan melampaui batas-batas Allah S.W.T. Perasaan ini akan menguasai jiwa raganya. Sehingga jelas terukir dalam setiap aspek kehidupannya.

Adalah tidak harus keadaan ini hanya timbul dan nampak pada sudut- sudut yang tertentu sahaja. Dengan melaksanakan ketakwaan pada satu sudut dan sebaliknya meninggalkannya pada sudut yang lain pula.

9.4 Ihsan

Ihsan pada hakikatnya adalah suatu ibarat kepada seseorang yang larut dalam Islam dengan hubungan kepada Allah S.W.T dan rasulNya. Kasih yang kental, kejujuran yang asli, menyerah jiwa dan mengorbankan nyawa dan harta. Perasaan kasih inilah yang menggerakkannya untuk melakukan amal semata-mata kerana keredhaan Allah S.W.T.

Sifat Ihsan ini akan membawa mereka mencapai darjat yang paling tinggi dalam Islam. Tidak cukup dengan melakukan amalan-amalan yang pinggir bahkan mereka menyerahkan kasih, kejujuran serta jiwa dan harta mereka segala-galanya kerana Allah S.W.T.

10. PENUTUP

Dari penjelasan di atas, dapatlah kita gambarkan bahawa akhlak dalam Islam merupakan antara asas binaan Islam yang jitu. Ianya bukanlah sesuatu yang berasingan. Malah akhlak Islamiah memainkan peranan yang amat penting dalam hayah manusia yang mana apabila bertembung dalam satu keadaan antara dua kekuatan, akhlak dan material maka sesungguhnya akhlak memberikan sumbangan sebanyak 70% - 90 % sedangkan kekuatan maddiah hanyalah menyumbangkan 10% - 30% sahaja." (8)

Firman Allah S.W.T. :

ان يكن منكم عشرون صا برون يغلبون مأتين (9)

Manakala tasawwur akhlak dalam Islam meliputi seluruh aspek kehidupan. Ia berjalan selari dengan setiap tingkah laku dan amalan yang keluar dari manusia. Oleh itu, adalah tidak benar sekiranya akhlak Islam hanya dipratikkan pada sudut yang tertentu dan meninggalkan di sudut yang lain.

Terutamanya ketika arus jahiliah sedang melanda ummah Islam di kala ini. Badai yang melanda ummah Islam yang terlalu kuat sehingga menenggelamkan ciri-ciri Islam. Jahiliah jauh menonjol memadamkan obor syiar Islam. Maka, tidak hairanlah apabila kedapatan di sana mereka yang melaksanakan dan memperjuangkan Islam dalam kehidupannya dianggap pelik dan ketinggalan zaman.

Seterusnya nilai-nilai akhlak Islam tidak sepatutnya diambil kerana semata-mata hanya untuk mencapai tujuan keduniaan. Sebaliknya meninggalkan asas akhlak yang lebih besar, iaitu Iman yang kental, Islam, Takwa dan Ihsan.

Nyata, krisis yang melanda ummah Islam hari ini adalah kerana mereka tidak melaksanakan akhlak Al-Islamiah yang sebenar. Penyelesaian yang bersifat tempelan dan sandaran hanyalah memburukkan keadaan. Fenomena ini adalah jauh lebih buruk lagi sekiranya para dua't gagal meleburkan asas-asas akhlak Islamiah ini ke dalam diri dan jiwa mereka!

Justeru, sebagai resolusinya, hendaklah umat Islam terutamanya para dua't perlulah kembali menilai akhlak Al-Islamiah yang sejati. Berusaha menyelamatkannya dalam diri dan mencernakan dalam setiap tindakan dan tingkah laku. Seterusnya, akhlak ini disebarkan ke seluruh umat dunia, sehingga terpadamnya fitnah jahiliah dan semuanya kembali kepada pengabdian diri kepada Allah S.W.T.
SYARAT AMALAN MENJADI IBADAH
9:55 AM | Author: mohd daud bin hassan

Sebenarnya tujuan atau misi kedatangan kita ke dunia ini adalah untuk beribadah dan mengabdikan diri hanya sanya kepada ALLAH SWT.Hakikat ini telah dijelaskan Allah di dalam firmannya yang bermaksud:
''tidak aku ciptakan jin dan manusia kecuali untuk beribadah (mengabdikan diri) kepada ku...''
Azzariyat:56
Orang-orang yang mengetahui,memahami dan menyedari hakikat ini tidak akan membiarkan masa dalam kehidupan ini berlalu begitu sahaja,tidak akan mensia-siakan umur dan peluang yang disediakan untuk menjadikan seluruh kegiatan di dunia ini sebagai ibadah kepada Allah SWT.Dunia ini dijadikan sebagai Mihrab,Ladang atau jambatan ke alam yang kekal.

Mengekploitasi dan mengunakan segala kesempatan semaksimum mungkin untuk berbakti kepada Allah,berusaha untuk merealisasikan hidup ini sesuai dengan tuntutan pengusa hidup mereka- Allah SWT.
Firman Allah SWT bermaksud:
"Katakanlah (wahai muhammad) sesungguhnya solah ku,ibadah ku,hidup dan mati ku kerana Allah penguasa seluruh alam"
(Al-an`am:162)
PENJELASAN RASULULLAH SAW

Sahabat nabi SAW - Muaz bin jabal RA - telah meriwayatkan sebuah hadis rasullulah SAW yang dikeluarkan oleh imam bukhari dan muslim bermaksud:

"Sedang saya dan rasullulah SAW menunggang seekor kaldai,Rasullulah SAW bertanya: wahai Muaz ! Adakah anda tahu hak ALLAH ke atas hamba-hambanya? Saya menjawab: Allah dan Rasulnya lebih mengetahui, lalu baginda berkata: hak Allah ke atas hamba-hambanya ialah mereka beribadah menyembah (mengabdikan diri) kepadanya dan tidak menyengutuiNya dengan sesuatu..."
TA'RIF IBADAH
Dari segi bahasa:
Ialah tunduk,patuh,taat setia,menyembah dan memperhambakan diri dan seumpamanya (kepada Allah)

Dari segi istilah:
Ibadah ialah nama yang lengkap bagi segala apa yang disukai dan diredhai Allah, puncak ketundukan dan kepatuhan yang tidak layak menerimanya kecuali Allah SWT.

SKOP / RUANG IBADAH

Ia meliputi,merangkumi seluruh aspek kehidupan manusia di dunia ini dari sekecil-kecilnya sehingga sebesar-besarnya. Suruhan dan larangan (Allah) zahir dan batin.
Tidak hanya terbatas atau tertumpu hanya kepada mengerjakan ibadah khusus semata-mata seperti solah, puasa, zakat, haji dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya,seperti membaca Al-Quran, berzikir, berdoa, beristiqhfar dan lain-lain seperti yang difahami oleh setengah golongan ummat islam.

Ibadah mempunyai sempadan,daerah atau ruang yang sangatluas - seluas kehidupan ini sesuai dengan perutusan atau misi kedatanganmanusia sebagai khalifah Allah di bumi ini.

Firman Allah bermaks "Katakanlah (wahai muhammad) sesungguhnya solah ku, ibadah ku, hidup ku dan mati ku adalah untuk Allah penguasa (Rab)seluruh alam"
(Al-An`am:162)

Selama mana kegiatan hidup ini memenuhi syarat-syaratnya maka ianya menjadi ibadah kita kepada Allah SWT.

SYARAT-SYARAT AMALAN HIDUP UNTUK MENJADI IBADAH
a) Pelakunya hendaklah seorang Islam.

b) Segala kerja yang dilakukan diizin oleh syarak atau tidak berlawanan dengan ajaran
islam.

c) Niat atau qosat atau tujuannya kerana Allah mencari keredhaannya.
'' sesungguhnya segala kerja yang dinilai mengikut niat....''
(HR Bukhari dan muslim dari ibn umar)

d) Dilaksanakan dengan sungguh-sungguh,ikhlas, tekun dan elok.
'' Sesungguhnya Allah suka apabila seseorang kamu melakukan sesuatu kerja ia perelokkannya...''
(HR al-Baihaki dari Aisyah RA)

e) Sentiasa iltizam atau mematuhi hukum syarak tanpa kezaliman dan penipuan.

f) Tidak meninggalkan ibadah khusus seperti solah dan lain-lain.

Sekiranya syarat-syarat ini terlaksana di dalam semua urusan dan kegiatan hidup setiap hari,maka seseorang itu dikira sentiasa beribadah kepada Allah SWT walaupun berada di angkasa, di lautan, di hutan dan tidak berada di dalam masjid atau surau ketika melaksana kerja-kerja itu, malah dianggap bumi ini menjadi tempat beribadah kepada Allah SWT.
JAULAH SEKITAR MANSOURAH & RA'SUBAR 2009
2:58 PM | Author: mohd daud bin hassan
Bersama kanak2 di kompleks imam mutawali sya'rawi.
dalam perpustakaan imam mutawali sya'rawi.
persekitaran ra'subar
maqam saidi muhammad bin saidina abu bakar as siddiq.

di hadapan maqam imam muttawali sya'rawi
bergambar beramai2 di ra'subar
maqam abdullah bin salam


Alhamdulillah bersyukur kehadarat ALLAH s.w.t,baru2 ini aku dan sahabat2 aku pergi jaulah maqam sekitar mansourah,Pada jam 8.00 pagi kami berkumpul dimarkaz banat,kemudian kami bertolak menuju ke destinasi yang pertama iaitu maqam shaikh mutawali sya'rawi,Dan kemudian kami bergerak pula ke maqam saidi muhammad bin saidina abu bakar as siddiq,selepas daripada itu kami bergerak pula ke maqam saidina abdullah bin salam,Dan akhir sekali kami terus pergi ke ra'subar yang mana terdapat di sana pertembungan sungai nil dengan laut,Permandangan di sana amat indah sekali,kami bersiar2 dan ronda2 ambil gambar lebih kurang 2 jam setengah,Selepas itu kami pun bersiap2 untuk pulang ke mansourah,Alhamdulilah akhirnya kami selamat sampai mansourah pada jam lebih kurang pukul 8.00 mlm.
RAYA DI PERANTAUAN......MESIR 2009..
5:17 AM | Author: mohd daud bin hassan




TIBANYA SATU SYAWAL.......
10:39 PM | Author: mohd daud bin hassan
Saudara-saudara umat Islam yang dikasihi,
Alhamdulillah, pada hari ini kita menyambut kedatangan Aidil Fitri dengan rasa penuh kesyukuran dan terima kasih kepada Allah Subhanahu Wataala kerana hari ini adalah kurnia dan hadiah yang sangat besar harganya kepada umat Islam yang telah bekerja keras dengan penuh iman dan takwa pada bulan Ramadhan yang lalu. Penghayatan dan kegembiraan yang sebenarnya sudah tentu akan dapat dirasakan dan dinikmati oleh mereka yang benar-benar telah menunaikan perintah Allah Sub
Saudara-saudara umat Islam yang dikasihi,
Alhamdulillah, pada hari ini kita menyambut kedatangan Aidil Fitri dengan rasa penuh kesyukuran dan terima kasih kepada Allah Subhanahu Wataala kerana hari ini adalah kurnia dan hadiah yang sangat besar harganya kepada umat Islam yang telah bekerja keras dengan penuh iman dan takwa pada bulan Ramadhan yang lalu. hanahu Wataala dengan sepenuhnya. Sedangkan orang yang tidak menunaikan perintah itu walaupun turut merasakan tetapi hanyalah ibarat bersukaria tanpa tujuan dan kosong dari sebarang pengertian iman dan takwa serta ihsan kepada Allah Subhanahu Wataala.
Allah Subhanahu Wataala memerintahkan kita menyembah dan menjalankan perintahnya dengan cara bersungguh-sungguh, walaupun kita tidak melihat Allah Subhanahu Wataala yang mana menyebabkan sebahagian daripada kita lalai dan menyangka bahawa mereka boleh berbuat apa sahaja. Tetapi sebenarnya Allah Subhanahu Wataala sentiasa melihat dan memperhitungkan setiap gerak langkah kita, walaupun di mana kita berada. Seperti yang disebutkan dalam sebuah hadith Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam :
Maksudnya :
Dari Abi Hurairah Radiallahu-Anhu ia berkata : Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam ‘hendaklah kamu menyembah Allah itu seolah-olah kamu melihat Dia dan jikalau tidak melihat Dia maka ketahui Dia (Allah) itu adalah melihat kamu’. (Riwayat Al-Imam Bukhari).
Orang-orang yang beriman, umpamanya dalam mengerjakan ibadat puasa sentiasa ingat akan makna hadith ini, maka mereka mengerjakan amal ibadat dan perintah Allah Subhanahu Wataala itu dengan berhati-hati, supaya tidak menyeleweng dan tidak akan berhadapan dengan kemurkaan Allah Subhanahu Wataala. Di sinilah terletaknya iman dan ihsan yang memandu manusia muslim itu ke arah jalan yang sebenarnya.
Di samping itu hendaklah juga ingat bahawa musuh terbesar manusia iaitu iblis dan tentera-tenteranya juga sentiasa melihat dan memerhatikan apa sahaja gerak manusia. Menanti dan mengintai di mana-maan salah langkah mereka, apabila sahaja manusia itu alpa dan lalai, maka menyerbulah iblis masuk ke dalam jantung, hati dan kepala manusia itu mengganggu dan mengalihkan pandangan mereka ke arah kejahatan dan kedurhakaan kepada Allah Subhanahu Wataala.
Hal ini disebutkan dalam surah Al-A’raaf, ayat 28 :
Tafsirnya :
Sesungguhnya syaitan dan kaumnya melihat kamu dengan keadaan yang kamu tidak dapat melihat mereka. Sesungguhnya Kami telah menjadikan syaitan-syaitan itu teman rapat bagi orang-orang yang tidak beriman.
Maka di sinilah terletaknya persimpangan yang menjadi punca perjuangan yang besar dalam diri manusia, sama ada ia hendak menjadi hamba Allah Subhanahu Wataala yang taat setia atau menjadi hamba yang derhaka. Dalam hal ini, kita mengambil satu contoh iaitu ibadat puasa. Orang yang taat mengerjakan ibadat puasa itu adalah sebagaimana mengikut semestinya. Bukan hanya setakat tidak makan minum, bahkan lebih dari itu, berpuasa juga hatinya, matanya, tangannya dan anggota zahir batinnya daripada melakukan perkara-perkara yang dilarang kerana ia tahu bahawa Allah Subhanahu Wataala sentiasa ia memerhatikannya. Sebaliknya puasa orang yang hanya berpuasa mencukupkan syarat biasa, hanyalah sekadar berlapar dahaga tidak lebih dari itu, sedangkan matanya, telinganya, mulutnya dan lain-lain anggota zahir batin itu tidak !.
Maka orang yang berjaya akan mendapat kurnia yang berbagai daripada Allah Subhanahu Wataala sedangkan orang yang tidak mematuhi syarat dengan sendirinya akan ditolak dan terkeluar daripada golongan hamba Allah Subhanahu Wataala yang menerima kurnia itu. Ini adalah logik yang benar dan sudah diterima oleh semua orang. Tetapi oleh kerana godaan iblis yang sangat manis dan menyukakan maka mudahlah banyak orang terpedaya.
Sesungguhnya nikmat Allah Subhanahu Wataala kepada hambanya itu sangat banyak, tidak terkira. Suruhan-suruhan Allah Subhanahu Wataala kepada hambanya bagi mengerjakan amal ibadat itu sebenarnya juga suatu nikmat, bukannya percuma untuk menyusahkan diri sihamba itu. Maka orang-orang mukmin yang sedar akan nikmat Allah Subhanahu Wataala itu akan sentiasa merebut peluang untuk mendapatkan nikmat Allah Subhanahu Wataala itu dan tidak dengan selarah-larah ia menyalahgunakan nikmat itu di jalan-jalan yang tidak sesuai dan bukan pada tempatnya. Allah Subhanahu Wataala sentiasa mencuba hamba-hambanya dengan berbagai-bagai cara untuk menguji bagaimana hamba-hamba Allah Subhanahu Watalla itu menggunakan nikmat yang banyak itu, sama ada digunakan secara baik atau secara salah seperti firman Allah Subhanahu Wataala dalam surah Al-Fajr ayat 15 hingga 16 :
Tafsirnya :
Dalam pada itu, manusia tidak menghiraukan balasan akhirat, oleh yang demikian, maka kebanyakan manusia apabila diuji oleh Tuhannya, dengan dimuliakan dan dimewahkan hidupnya, (ia tidak mahu bersyukur tetapi terus bersikap takbur). Serta berkata dengan sombongnya : ‘Tuhanku telah memuliakan daku’. Dan sebaliknya apabila ia diuji oleh Tuhannya, dengan disempitkan rezekinya, ia tidak bersabar bahkan ia resah gelisah serta merepek dengan katanya : ‘Tuhanku telah menghina daku’.
Maka oleh kerana itu lahirlah golongan manusia yang tidak stabil atau kurang seimbang cara hidup mereka terhadap nikmat Allah Subhanahu Wataala. Dan menggunakan nikmat-nikmat itu tidak sempurna, dibuang, seolah-olah tidak ada harganya dan seolah-olah nikmat Allah Subhanahu Wataala itu akan tetap datang kepadanya menurut kehendak hawa nafsunya. Maka masuklah manusia itu ke dalam satu jurang yang dinamakan ‘Kufur Nikmat’.
Erti ‘Kufur Nikmat’ itu ialah tidak menghargai nikmat Allah Subhanahu Wataala, nikmat Allah Subhanahu Wataala yang berbagai-bagai itu digunakan untuk tujuan-tujuan yang tidak betul, maka yang akan menerima akibat dari perbuatan kufur nikmat itu ialah sipengguna nikmat itu sendiri. Akhirnya akibat dari perbuatan itu kita terbaca di ruang akhbar, dari majalah-majalah dari sumber lain, tentang nasib orang yang tidak menggunakan nikmat Allah Subhanahu Wataala dengan sempurna dan di akhirat nanti ada lagi kemurkaan Allah Subhanahu Wataala akan ditimpakan kepada mereka.
Allah Subhanahu Wataala memberi amaran kepada kita supaya kita berjaga-jaga menggunakan kemudahan-kemudahan hidup senang dan mewah di dunia ini : seperti firman Allah Subhanahu Wataala dalam surah At-Taghabuun ayat 15 hingga 16 :
Tafsirnya :
Sesungguhnya harta benda kamu dan anak-anak kamu itu hanyalah menjadi ujian, dan di sisi Allah jualah pahala yang besar. Oleh itu bertakwalah kamu kepada Allah sedaya upaya: dan dengarlah akan pengajaran-pengajarannya serta taatlah akan perintah-perintahnya dan belanjakanlah harta kamu serta buatlah kebajikan untuk diri kamu. Dan ingatlah, siapa yang menjaga serta memelihara dirinya daripada dipengaruhi oleh tabiat bakhilnya, maka merekalah orang-orang yang berjaya.
Maka oleh sebab itu Allah Subhanahu Wataala memerintahkan hamba-hambanya supaya belajar dari alam sekeliling dengan tujuan supaya dia insaf dan sentiasa ingat akan keadaan dirinya, tahu ia akan di mana ia dalam masyarakatnya dan tahu ia akan susah senang orang, dan jangan ia hanya mementingkan kehendak hawa nafsunya sahaja, bahkan hidup itu ada pasang surutnya, ada masa senang, ada masa susah, jikalau ia dalam keadaan susah hendaklah ia melihat kepada orang-orang yang lebih susah. Kalau ia mewah dan senang hendaklah ia melihat kepada orang yang lebih senang daripadanya yang dalam kesenangan mereka itu tetap menjalankan perintah Allah Subhanahu Wataala, seperti bersedekah, berzakat harta, menunaikan haji dan seumpamanya supaya ia dapat membanding. Kerana biasanya orang yang hanya mementingkan diri sendiri akan menghadapi masalah yang tidak akan diusai oleh siapa pun. Ini diterangkan oleh Allah Subhanahu Wataala dalam surah Al-Fajr, ayat 17 hingga 24:
Tafsirnya :
Jangan demikian (sebenarnya kata-kata kamu itu salah). Bahkan perbuatan kamu wahai orang-orang yang hidup mewah, lebih salah lagi kerana, kamu tidak memuliakan anak yatim, malah kamu menahan apa yang ia berhak menerimanya. Dan kamu tidak menggalakkan untuk memberi makanan yang berhak diterima oleh orang miskin. Dan kamu sentiasa makan harta pusaka secara rakus dengan tidak membezakan halal haramnya. Serta kamu pula sayangkan harta secara tamak haloba!. Jangan sekali-kali bersikap demikian!, sebenarnya apabila bumi dihancurkan segala yang ada di atasnya dan diratakan serata-ratanya dan perintah tuhanmu pun datang, sedang malaikat berbaris-baris siap sedia menjalankan perintah. Serta diperlihatkan neraka jahanam pada hari itu, maka pada saat itu manusia akan ingat hendak berlaku baik dan bagaimana ingatan itu akan berguna lagi kepadanya?. Ia akan berkata “Alangkah baiknya kalau aku dahulu sediakan amal-amal baik untuk hidupku di sini”.
Maka kita manusia hendaklah belajar melihat keadaan yang berlaku di hadapan kita, mudah-mudahan kita beroleh keinsafan dan memperbaiki diri kita dan meningkatkan nilai hidup kita sebagai hamba Allah Subhanahu Wataala yang taat kepadanya, supaya kita bahagia di dunia dan mendapat keredhaan serta rahmat dan kurnia yang besar di akhirat.
Allah Subhanahu Wataala berfirman dalam surah Al-Kahfi, ayat 7:
Tafsirnya :
Sesungguhnya kami telah jadikan apa yang ada di muka bumi sebagai perhiasan baginya, kami hendak menguji mereka, siapakah di antaranya yang lebih baik amalnya.
KEMBARA ILMU DI BUMI ANBIYAK
7:26 AM | Author: mohd daud bin hassan
PERANAN MAHASISWA/I DALAM ERA KEBANGKITAN ISLAM
6:28 PM | Author: mohd daud bin hassan
Firman Allah s.w.t :
ان الدين عند الله الاسلام
فمن يبتغى غير الاسلام دينا فلن قيبل منه وهو في الأخرة من الخاسرين
Penegasan yang telah dinyatakan dalam ayat di atas menunjukkan,bahawa hanya Islam sahaja agama yang diiktiraf oleh Allah sebagai perundangan bagi kehidupan makhluk-Nya di muka bumi ini. Sejak Nabi adam a.s diutuskan hinggalah ke akhir hayat alam ini, bendera Islam akan tetap berkibar riang walau dilanda ribut taufan yang mengganas.

Perjuangan mengibarkan benderanya telah dipelopori oleh jentera anbia’dan mursalin, bermula dari Nabi Nuh a.s sehingga dibangkitkan Nabi Besar s.a.w. Kesinambungan ini tidak pernah pudar atau putus ikatannya walau diganggu-gugat oleh manusia-manusia kufur. Umpamanya sebagai contoh, setelah 1000 tahun lebih manusia kehilangan Nabi Adam a.s maka Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang telah membangkitkan Nabi Nuh a.s untuk menyeru kembali manusia kembali ke jalan yang benar. Begitulah seterusnya hingga berakhirnya zaman perutusan para anbia’.

Justeru itulah kebangkitan ini perlu diisi oleh kita semua sebagai mahasiswa/i yang sudah tentu termasuk dalam golongan yang terpelajar dan telah diberi hidayah oleh Allah s.w.t akan hati-hati kita sehingga mampu menerangi cahaya itu kepada manusia lain yang ingin turut sama merasainya.

Terlebih dahulu, marilah sama-sama kita membicarakan sepintas lalu mengenai kebangkitan Islam ini.

KEBANGKITAN ISLAM SATU PENILAIAN SEMULA

Kebangkitan pada hakikatnya dirujuk kepada satu momentum kesedaran yang tinggi untuk kembali kepada sesuatu kebenaran yang ada pada manusia yang berkait-rapat dengan hati, akal dan pemikiran seseorang.

Justeru itu, ummah kini sedang mengharungi lautan kebangkitan itu yang semakin bergelora arusnya setelah sekian lama memencil diri akibat dilanda taufan kebuntuan, kelalaian serta tertipu dengan nikmat duniawi. Fenomena ini mungkin berlaku setelah terkena peluru dari luar ataupun terkena letupan mercun buatan sendiri. Sebagai konklusinya, dapatlah disimpulkan bahawa kebangkitan ini bermaksud mengembalikan kesedaran dan peringatan selepas bangkit dari belenggu kealpaan.

KEISTIMEWAAN / CIRI-CIRI KHUSUS KEBANGKITAN ISLAM

1. Kebangkitan akal,ilmu dan pemikiran.
Sesungguhnya kebangkitan Islam ini adalah suatu kebangkitan semula terhadap tahap pemikiran yang terbuka sesuai dengan pemahaman Islam yang tulen disebabkan perkembangan ilmu ke serata pelusuk. Ia terus tersebar lantaran kesungguhan mereka yang terlibat dalam melayari bahtera kebangkitan dengan berusaha membina akal mereka agar selari dengan reformasi zaman yang berlaku bertunjangkan manhaj akidah dan kesyumulan syariat Islam.

2. Kebangkitan hati, jiwa, perasaan dan spritual.
Kebangkitan ini berbeza dengan yang lain kerana ia bukan dilahirkan daripada hati atau jiwa yang kosong lagi rosak akan tetapi ia dipimpin oleh generasi pemuda yang memiliki hati yang sentiasa gementar apabila mendengar ayat-ayat Allah,jiwa yang selalu menangis lantaran takutkan siksa Allah di akhirat serta mempunyai perasaan cinta kasih sayang sesama mukmin dan wala’ yang tidak berbelah bagi terhadap keesaan Rabbul Jalil dan kerasulan Nabi Muhammad s.a.w. Dan sebaliknya pula menaruh kebencian yang mendalam kepada thoghut dan tali barutnya serta tidak cenderung kepada parti-parti syaitan.

Khususiat inilah yang diperlukan untuk melebarkan layarnya bagi merempuh badai yang bergelora, jalan yang berliku lagi bengkang-bengkok serta tembok kejahilan yang terlalu sukar untuk ditembusi. Anasir-anasir yang dungu lagi pasif sudah tentu tidak mampu bahkan tidak berkelayakan untuk mengisi ruangan ini. Kita berhajat kepada pemuda-pemuda yang bermentaliti tinggi serta berjiwa mampan untuk membangunkan insan-insan dan membasuh kesan-kesan luka kealpaan dan kelekaan akibat dibuai khayalan-khayalan yang mempesonakan.

3. Kebangkitan keazaman serta amal yang multazim.
Kebangkitan tidak hanya berkisar dalam konteks ilmu dan pemikiran atau akidah kepercayaan tetapi mengambil kira masalah bekerja bagi membuktikan keimanan tadi berdasarkan ilmu yang diperolehi untuk diterjemahkan ke alam realiti kehidupan agar masyarakat dapat menilai di anatara kebenaran dan kepalsuan.

4. Kebangkitan daripada pemuda yang berpendidikan tinggi.
Kebangkitan ini dipimpin oleh sof pemuda yang berpendidikan tinggi serta mempunyai kreaviti dan kesedaran yang mendalam tentang tanggungjawab terhadap agama mereka. Pemuda harapan bangsa dan agama serta tiang negara bukan calang-calang orang tetapi mestilah sekurang-kurangnya berkelulusan tinggi, institut atau universiti-univesiti.

5. Kebangkitan muslimin dan muslimat seluruhnya.
Antara lain keistimewaan ialah bagi muslimat harapan ummah. Mereka ada kedudukan tersendiri lagi istimewa dalam arus kebangkitan dan perlu berperanan sepertimana muslimin agar keseimbangan terus wujud. Sebagai contoh yang paling mudah ialah mengenai pakaian bagi menutup aurat perempuan, khususnya yang berlaku di negara kita Malaysia.

Dr. Yusof Al-Qardhawi pernah menyatakan begaimana sejarah kita telah membuktikan bahawa pada awal 60-an kita menghadapi 3 bidang utama dalam kehidupan masyarakat yang jauh menyeleweng dari pendidikan Islam :

1. Ekonomi - zakat dan permasalah riba’
2. Maruah wanita Islam - aurat dan peradaban
3. Kesenian - liputan meluas oleh media massa
( Perkara yang pertama dan kedua telah dapat diatasi secara meluas ).
6. Kebangkitan bersifat universal ( عالمية )
Ciri terakhir yang dapat dipaparkan di sini ialah kebangkitan yang dinyatakan sebelum daripada ini bukan hanya berlaku di tanah arab ataupun terbatas di sempadan-sempadan tertentu sahaja ataupun bangsa-bangsa tertentu dan spesis-spesis manusia tertentu sahaja . Akan tetapi merangkumi seluruh pelusuk dunia yang tidak mengira sempadan negara mahupun warna kulit. Di mana sahaja ada orang Islam di situ ada para pejuang kebangkitan Islam samada di barat atau di timur, dunia Islam atau luarnya.

SEJARAH KEBANGKITAN ANTARA PENGGERAK DAN REALITI

Walaupun kita rancak membicarakan tentang kebangkitan akan tetapi masih kedapatan manusia yang berpura-pura jahil lantas mempersoalkan tentang realiti kewujudan dan menafikan keberkesanannya kepada masyarakat.

Berlainan dengan kita sebagai generasi yang berkeyakinan tinggi terhadap kestabilan Islam dan kemampuannya meraih kekuasaan semula, bahawa fenomena ini telah lama terpancar sinarnya bahkan terus mekar dengan bunga-bunganya yang mewangi lagi mempesonakan yang sudah mampu menawan kumbang-kumbang yang berterbangan di taman-tamannya.
Tambahan pula ada yang menerima tetapi berbeza dari sudut kilang pengeluar dan penggeraknya. Dr. Yusor Al-Qardhawi menegaskan ada beberapa pendapat di dalam masalah ini, antaranya :

1) Faktor ekonomi

Mengikut pendapat ini, mereka lebih cenderung kepada faktor ekonomi yang menyebabkan sesuatu itu berlaku. Mauqif ini sudah menjadi adat kebiasaan mereka dalam mencari punca masalah hinggakan mereka berpendapat perutusan para Anbia’ dan rasul-rasulnya juga disebabkan faktor ekonomi dan ini sudah melampau. Hanya mereka yang tidak beriman dengan Allah, rasul, malaikat dan kitab-kitab-Nya sahaja berpendirian sedemikian rupa.

2) Faktor diri sendiri

Pendapat ini mengatakan bahawa kebangkitan ini lahir selepas ummah dikejutkan dengan kesengsaraan akibat perampasan yang telah dibuat oleh kaum Yahudi terhadap tanah air Pelestian pada tanggal 1948. Memanglah pada adat manusia, apabila dilanda kesusahan barulah mahu kembali kepada Allah, berdoa memohon pertolongan hingga Allah sendiri menceritakam keadaan ini memang berlaku kepada manusia yang selalu lupa kepada-nya di dalam kitab Al-Qur’an yang suci.

3) Faktor pemimpin

Golongan kiri di Mesir pernah berpendapat bahawa kebangkitan yang sebenarnya telah dicetuskan oleh hakim atau pemerintah. Yang menghairankan, mereka ini menyangka bahawa mereka bercakap mewakili suara ramai. Akan tetapi hakikat yang perlu diketahui semua ialah jika betul kebangkitan ini lahir dari mulut pemerintah nescaya ia akan berkubur dengan berkuburnya mereka ataupun bila-bila masa sahaja mereka akan bertindak menghapuskannya kembali.

Kesemua itu adalah palsu belaka. Yang paling sohih lagi rojih di sisi ummah ialah, mereka bangkit atas nama Islam dan bangun dari tidur mereka jua untuk Islam. Islam mengajar mereka selalu mengingati peranan yang perlu dimainkan oleh mereka selama hidup di permukaan bumi ini. Banyak nas dan dalil yang dapat mengukuhkan pendirian ini bahkan sejarah para salafussoleh juga turut membenarkannya.

Firman Allah s.w.t :
وممن خلقنا أمة يهدون بالحق وبه يعدلون
Maksudnya : “Di antara orang yang Kami jadikan, ada satu ummat yang dapat petunjuk dengan kebenaran serta berlaku adil dengan kebenaran itu “.

Sabda Nabi s.a.w :
لا تزال طائفة من أمة قائمين على الحق لا يضرهم خالفهم حتى يأتى أمر الله وهم على ذلك

Justeru, kebangkitan ini terus terpancar maka ia bukanlah suatu yang kosong yang tidak memberi apa-apa kesan kepada ummah seluruhnya bahkan ia boleh memberi saham yang terbaik dalam rantaian peribadatan kita kepada Allah s.w.t kerana ia lahir dari sumber yang bertunjangkan akidah dan keyakinan. Oleh sebab itulah, kita boleh saksikan bagaimana perjuangannya terus bertali-arus dan berkesinambungan langsung dari jentera kenabian kepada bahtera khulafa’ Ar-Rasyidin kemudian generasi selepas mereka hingga kepada gerakan Islam di zaman mutakhir ini lantaran tiadanya khilafah yang mengagungkan kalimah Allah di dalam pemerintahan dan sistem masyarakatnya. Mereka terus berusaha membangunkan ummah dan memperbaharui pemahaman Islam agar masyarakat dapat mengerti Islam sepertimana para sahabat r.a memahaminya.

GERAKAN TAKDID / DAKWAH : ASET UTAMA KEBANGKITAN ISLAM

Suatu realiti yang perlu dipercayai oleh kita ialah kebangkitan Islam ini tidak lahir tanpa mangkin yang mencetuskannya atau power ekstrim yang mampu memikul bebanannya sehingga mampu meneruskan kemaraannya yang semakin hari semakin menampakkan sinarnya begitu jelas. Dan inilah yang telah dijanjikan oleh nabi dalam hadithnya ( لا تزال ). Harakah Islamiah ini adalah sebuah angkatan yang sentiasa berperanan serta berani mengemukakan Islam secara syumul selari dengan ciri-cirinya yang tersendiri. Justeru itulah kita sebagai mahasiswa/i berperanan dalam perjuangan yang telah ditinggal oleh mereka yang terdahulu daripada kita. Firman Allah s.w.t :
وما كان المؤمنون لينفروا كآفة فلو لا نفر من كل فرقة منهم طائفة ليتفقهوا في الدين ولينذروا قومهم اذا
رجعوا اليهم لعلهم يحذرون
Maknanya : “ Tiada patut orang-orang yang beriman keluar semuanya ke medan perang. Mengapakah tiada keluar sebahagian di antara tiap-tiap golongan mereka supaya mreka yang tinggal memehami agama dan memberi peringatan kepada kaumnya bila mereka kembali kepada kaumnya, mudah-mudahan mereka itu waspada (takut) “.

MATLAMAT PENUBUHAN HARAKAH ISLAMIAH

1. Membentuk individu muslim dan mengembalikan keperibadian yang tulen kepadanya.

2. Mendirikan daulah Islamiah di dalam setiap negara umat Islam sebagai langkah pertama kepada khilafah yang agung.

3. Menyatupadukan semula umat Islam.

4. Menghidupkan kembali sistem khilafah Islamiah yang telah jatuh.

5. Menundukkan alam seluruhnya di bawah kekuasaan Islam atau dalam erti kata lain mendirikan daulah Islam sejagat.

Secara ringkasnya :
Jemaah bertujuan - Mengabdikan diri kepada Allah
- Melopori kerja amal ma’ruf nahi munkar
- Menyampaikan risalah Islam.
- Menghapuskan fitnah dan kekufuran.

Kewajipan kita sebagai muslim ialah mengenal Islam secara hakiki hingga mampu membezakan Islam dengan thoghut yang patut dibanteras.

Said Hawwa menyatakan : “ Menjadi kewajipan setiap orang Islam untuk memenuhi 2 tuntutan :
1) Menjauhi kesesatan dan para pendokongnya
2) Mengikat diri dengan kebenaran di sebelah pihak muslimin dan beriltizam pula dengan jemaah mereka.

KEWAJIPAN MENGGABUNGKAN DIRI DENGAN JEMAAH

Para mahasiswa/i perlu memastikan diri mereka sentiasa beramal dan bergerak secara berjemaah. Ini adalah merupakan tuntutan dari Islam sendiri.

a) Tuntutan syara’

b) Tuntutan realiti
I) Penggabungan tenaga dan kebolehan
ii) Dakwah bersifat runtuh dan bina
iii) Tribulasi jalan dakwah

c) Kaedah fiqh


PERSEDIAAN MAHASISWA/I SECARA UMUM

Adalah berkewajipan kepada semua mahasiswa/i untuk mempersiapkan diri dari
sekarang agar mereka dapat berperanan dengan sebaik mungkin di masa akan datang. Antaranya ialah :

I) Ilmu dan kemantapannya - membina mentaliti Islam

Mentaliti Islam adalah salah satu daripada teras-teras keperibadian Islam seterusnya merupakan persediaan pemikiran dan konsepsi Islam yang tepat mengenai kosmos (alam semulajadi-cakrawala), manusia dan kehidupan ini. Antara faktor yang diperlukan untuk membentuk mentaliti Islam ialah :

i.i) Kefahaman yang betul terhadap Al-Qur’an dan As-Sunnah yang akan menimbulkan garis-garis asasi bagi kehidupan insan sebagaimana yang dikehendaki oleh Islam.

i.ii) Kesedaran yang menyeluruh terhadap matlamat-matlamat pendidikan Islam sebagai alternaif yang mengawal akhlak dan kefahaman sejajar mengikut landasan fitrahnya bagi kehidupan di dunia mahupun di akhirat.

i.iii) Penguasaan penuh lagi saksama terhadap setiap aspek konsepsi Islam tanpa berlebih kurang ke atas suatu segi tertentu dari yang lain kerana pembatasan kepada satu-satu segi sahaja sering melahirkan fenomena-fenomena dan penyelewengan-penyelewengan yang merbahaya.

Mahasiswa/i juga disarankan agar mencari ilmu dengan semantap yang boleh bagi menangkis serangan pemikiran yang sedang mengganas serta mengganggu kestabilan pemikiran umat Islam. Menuntut ilmu yang digalakkan itu bukan yang membawanya kepada kecenderungan kepada thoghut tetapi memperjuangkan (ilmu) bagi memerangi thoghut yang seumpamanya.

ii) Amal dan keikhlasan - dalam semua hal dan keadaan (kejiwaan Islam)
Kejiwaan Islam adalah teras kedua bagi keperibadian Islam. Malah ia merupakan tayangan lahiriah bagi jalinan pemikiran Islam dan kesannya dalam kehidupan individu. Dengan erti kata lain ilmu yang membuahkan amal itulah yang disebut sebagai menjiwai Islam. Sikap memisahkan dua segi keperibadian ini telah diselar oleh Allah s.w.t dalam firmannya :
وما امروا الا ليعبدوا الله مخلصين له الدين
Maknanya : “ Dan mereka tiadalah diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah serta mengikhlaskan agama bagi-Nya “.

Dan pembuktian ini mestilah selari dengan kaedah kesederhanaan dan keikhlasan mengikut batas-batas perhitungan yang telah digariskan oleh Islam.

iii) Mengenali waqie’
Persiapan yang perlu ada dalam seiap diri mahasiswa ialah mengetahui dan mengenal waqie’ yang sedang melanda kehidupan manusia seluruhnya khususnya musibah yang sedang melanda umat Islam di serata dunia. Justeru itu, kita berkewajipan untuk berusaha mencari ilmu dan mentarbiah diri mengikut batasan keilmuan serta keluar berdakwah demi mencari kesatuan di kalangan muslimin bagi membina kembali kemuliaan Islam yang telah lenyap dari pandangan menusia akibat kelemahan yang berlaku.

حركة تربية علم

Apabila mereka telah melalui rentetan pembentangan ini mengikut susur-galurnya adalah perlu menyatakan keinginan serta memberi ketaatan dan kepercayaan dengan mengikat janji bahawa merekalah yang akan meneruskannya.
MUTIARA KATA :EMPAT JENIS INSAN
2:25 PM | Author: mohd daud bin hassan
* Insan yang tahu,tetapi tidak tahu bahawa dia tidak tahu,itulah orang yang lalai. Oleh itu,berilah mereka peringatan.

* Insan yang tidak tahu dan tidak tahu bahawa dia tidak tahu,itulah orang yang bodoh dan degil. Oleh itu,tinggalkan mereka.

* Insan yang tidak tahu dan tahu bahawa dia tidak tahu,itulah orang yang jahil. Olehitu ajarlah mereka.

* Insan yang tahu dan tahu bahawa dia tahu,itulah orang yang berilmu. Oleh itu ikutilah mereka.