MUHARAM...
6:14 PM | Author: mohd daud bin hassan
Diperhatikan bahawa umat islam di kala ini terumanya di tanahair kita menyambut kemunculan bulan mulia ini ala kadar sahaja.Berlainan sekali apabila tibanya musim tahun baru Masihi.Hinggakan tidak menyedari datangnya 1 Muharam dan membiarkannya berlalu begitu sahaja.Begitulah liciknya perancangan para kuffar untuk memesong,meminggir dan akhirnya membakul sampahkan keutamaan dan kemuliaan hari-hari dalam islam daripada benak pemikiran umat islam seantara dunia.

Muslimin dan muslimat yang dikasihi kerana Allah S.W.T,
Di dalam bulan ini banyak peristiwa besar berlaku yang seharusnya disebut,dipeingati dan diwarisi buat generasi muda agar tidak luput dari dada-dada pemuda pemudi islam di hari mendatang.Di antaranya ialah kemuliaan 10 Muharam (A'syura).Abu laith berkata dinamakan A'syura kerana ia jatuh pada sepuluh Muharam.

para du'at yang dirahmati,
Dalam memperingati sejarah silam yang berkait rapat dengan bulan Muharam,kita juga tidak meminggirkan peristiwa besar yang berlaku pada awal kebangkitan islam iaitu peristiwa penghijrahan nabi Muhammad S.A.W dan para sahabatnya dari tanah Mekah Al-Mukarramah ke bumi barakah Madinah Al-munawwarah.padanya seribu satu i'brah dan pengajaran buat panduan perjalanan umat islam di akhir zaman ini dalam menyusuri denak denai yang pernah dilalui oleh golongan terdahulu dalam memikulbeban dakwah pada masa kini.Bermula daripada kebangkitan nabi Muhammad S.A.W sebagai rasul yang mendapat tentangan yang amat dasyat dari kaumnya sendiri,kemudian keperitan baginda dan para sahabat menanggung kalimah suci selama 13 tahun dimekah,kemudian dituruti pula peristiwa agung hijrah nabi Muhammad S.A.W dan para sahabatnya dan sambutan penuh mesra kaum Ansar dalam mendakapi kedatangan Islam dan akhirnya membawa kepada tertubuhnya sebuah Daulah Islamiah pertama di dunia di bumi Madinah Al-Munawwarah.

Maka dengan harapan menggunung tinggi buat para Azhari dan Azhariah yang terpikul tanggungjawab di bahu masing-masing agar dapat merenung kembali dan meneliti rahsia di sebalik tersirat peristiwa agung ini.Marilah bersama-sama kita 'melapah' sirah yang bernilai tinggi ini agar dapat diambil 'isinya' dan kemudian 'ditauzikkan' kepada umat islam ke seluruh pelusuk dunia amnya,di bumi tercinta Malaysia khasnya.
|
This entry was posted on 6:14 PM and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

0 comments: