.JIHAD-“SUNNAH RASULULLAH YANG DI TINGGALKAN”
12:24 PM | Author: mohd daud bin hassan

Salam JIHAD buat semua sahabat-sahabat yang di kasihi Allah sekalian. Pertama kali memilih tajuk ini ntuk di muatkan dalam entri blog kali ini membuatkan terdetik di hati ini ingin berkongsi nya bersama sahabat sekalian.

JIHAD-“SUNNAH RASULULLAH YANG DI TINGGALKAN”.

Firman Allah SWT dalam surah AT-TAUBAH ;ayat 111 yang bermaksud ;Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin ,baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka.Mereka berperang di jalan Allah,sehingga mereka membunuh atau terbunuh (sebagai)janji yang benar dari Allah di dalam Taurat ,Injil dan Al-Quran.Dan siapakah yang lebih menepati janji nya selain Allah?Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu,dan demikian itulah kemenangan yang agung.

JIHAD menurut tafsiran DR.SAID RAMADHAN AL-BUTTI ialah mencurahkan tenaga pada jalan Allah dan menegakkan masyarakat Islam .Memberikan tenaga melalui peperangan ADALAH SEBAHAGIAN DARINYA.Adapun tujuan dan matlamat utama JIHAD adalah untuk menegakkan masyarakat Islam dan membentuk DAULAH ISLAMIAH.yang sebenar.

Sahabat-sahabat sekalian,kini ramai dari kalangan masyarakat sekarang yang salah faham mengenai pengertian JIHAD.Ada dikalangan kita yang menganggap bahawa JIHAD hanya dengan mengangkat senjata semata-mata.Ada juga yang menganggap jihad tidak relevan pada zaman moden ini.Dan ada juga yang menganggap jihad sebagai lambang keganasan dan Nabi tidak pernah menggunakan kekerasan dalam berdakwah.

Sahabat yang budiman,seandainya kita tahu bahawa JIHAD sebenarnya berkembang selari dengan perkembangan zaman dan teknologi.Jika pada zaman Nabi dan para sahabat JIHAD adalah berperang dengan musuh-musuh yang cuba memerangi Islam kini,JIHAD pada zaman sekarang adalah lebih mudah dilakukan seandainya kita fahami.

Antara contoh-contoh JIHAD pada masa kini ialah :

1)Membeli kamera,telefon bimbit mudah alih ,komputer dan pelbagai lagi alat teknologi yang bernilai ribuan ringgit

dan digunakan untuk kebaikan umat Islam dan agama Islam serta berdakwah ke jalan Nya.

2)Menyumbangkan harta,tenaga dan masa bagi menjayakan program-program berbentuk dakwah dan kebaikan umat

Islam.

3)Membayar yuran DPMM dengan niat agar digunakan bagi menjayakan program-program ilmiah dan ukhwah serta

taqarrub kepada Allah.

4)Menginfakkan sebahagian harta ke dalam dana syaqah PMRAM supaya generasi yang akan datang dapat

memanfaatkan syaqah tersebut untuk memudahkan kerja-kerja dakwah.

5)Bersama-sama dengan persatuan dalam menyeru kepada ma’ruf dan mencegah kepada kemungkaran.

6)Jika kita tidak mampu untuk menyumbangkan harta yang banyak,maka cukuplah dengan kita membantu mas’ul-

mas’ul program yang berbentuk dakwah dan ilmiah walaupun sekadar mempromosikan melalui YM dan

mengedarkan iklan serta mengasihani dan meringankan beban mereka.

Sahabat-sahabat,sedar ataupun tidak yang sebenarnya Allah telah pun menerangkan kepada kita tentang hukum bagi sesiapa yang meninggalkan JIHAD di dalam surah AT-TAUBAH ayat 38-39 yang bermaksud:

“Wahai orang-orang yang beriman!!Mengapa apabila dikatakan kepada kamu ,berangkatlah (untuk berperang)di jalan Allah “kamu merasa berat dan ingin tinggal di tempatmu?Apakah kamu lebih menyenangi kehidupan di dunia daripada kehidupan di akhirat??Padahal kenikmatan hidup di dunia ini (jika di bandingkan dengan kehidupan di akhirat hanyalah sedikit.Jika kamu tidak berangkat (untuk berperang),nescaya Allah akan menghukum kamu dengan azab yang pedih dan menggantikan kamu dengan kaum yang lain dan kamu tidak akan merugikan nya sedikit pun.Dan Allah maha kuasa atas segala sesuatu.

Dengan ini sahabat-sahabat,dapat lah kita menilai intipati tentang JIHAD yang mana ianya amatlah di tuntut oleh syara’iaitu dengan niat yang ikhlas tanpa mengharapkan apa-apa balasan,maka tidak cukup jika kita membantu dan menginfakkan harta atas dasar kasihan dengan rakan karib di samping tidak melanggar arahan dari pemerintah dan keluar dari batasan syara’.

Wallahua’lam………………

|
This entry was posted on 12:24 PM and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

0 comments: