SUASANA KULIAH USULUDDIN TAHUN DUA MANSOURAH
10:39 AM | Author: mohd daud bin hassan
BERBAHAGIALAH SANG GHURABA'...
10:33 AM | Author: mohd daud bin hassan
1. Perjuangan Islam bermula dalam keadaan asing atau dagang [gharib ]. Berdepan dengan manusia jahiliah yang rendah upaya untuk membezakan antara haq dan bathil. Sistem nilai yang kabur diselaputi fahaman syirik dan kebendaan. Mereka merajakan nafsu dan mempertuhankan aqal. Rasuulul ummah saw. sebagai utusan Allah swt. difitnah, dinista dan dicerca. Risalahnya ditertawa dan menjadi bahan lelucon ummat jahiliah.

2. Islam dibawa untuk menyelamatkan ummah. Risalahnya disasarkan kepada semua kecuali mereka yang tekun dan konsisten memerangi Islam. Slogan yang dibawa oleh Pendakwah Agong saw. ialah [Aslim Taslam ] Terima Islam Engkau Selamat. Serendah - serendah pangkat manusia seperti lelaki gasar di padang pasir sehinggalah setinggi - tinggi pangkat manusia seperti raja di istana menjadi sasaran risalah Islam.

3. Islam didokong dan diperjuangkan dengan gigih tanpa peduli pahit getir. Islam digalas dan dipertahankan dengan tabah tanpa peduli susah sukar. Gurun sahara diredah dan lautan luas diharungi demi menyemarakan kebangkitan Islam dan mendaulatkan syariatnya. Sabar membelah masa dan merempuh waktu menanti detik janji Allah ditunaikan. Tidak mengenal erti putus asa dan kecewa.

4. Akhirnya Islam tegak berdaulat dengan bertiangkan aqidah, berdindingkan syariat, berbumbungkan jihad dan berlantaikan akhlak. Bumi diimarahkan dengan peraturan dan manhaj rabbani. Keadilan merata kepada semua tanpa membezakan latar belakang agama, bangsa, kaum dan bahasa lidah. Keamanan dan kesejahteraan dinikmati, bukan sahaja oleh manusia bahkan binatang dan tumbuhan.

5. Namun Nabi saw telah menegaskan yang bermaksud:

"Telah bermula Islam dalam keadaan asing , kelak ia akan kembali menjadi asing sebagaimana ia bermula. Maka berbahagialah mereka yang asing [tetap bersama Islam]."

6. Hari ini Islam kembali ditertawa. Syariat dan syiar Islam dipersenda. Kerja dakwah menjadi bahan lelucon. Dunia kembali menganggap pelik cara kita berjuang dan mengajak ummat manusia kembali kepada Islam dan perjuangannya. Menyeru dan mengajak orang menyertai perjuangan Islam dianggap kerja bodoh sebagaimana tanggapan ummat jahiliah. Firman Allah swt yang bermaksud:

"dan apabila diseru kepada mereka , Berimanlah sebagaimana berimannya manusia yang lain. Mereka menjawab : Apakah kami akan beriman sebagaimana berimannya orang - orang yang bodoh. Ketahuilah sesungguhnya merekalah orang - orang yang bodoh akan tetapi mereka tidak mengerti." - Surah al Baqarah : Ayat 13

7. Sungguhpun Islam kembali menjadi asing dan pejuangnya ditertawa dan diperbodohkan, ianya adalah sunnah yang telah dijanjikan kebahagiaannya oleh Rasulullah saw kepada mereka yang tetap gigih berjuang, berjihad dan berdakwah. Biarpun Nabi saw telah sekian lama meninggalkan ummah, namun kesediaan para pejuang menggalas tugas besar untuk menyelamatkan manusia dari neraka Allah adalah tugas berat yang penuh dengan kemuliaan. Istiqamah dan iltizam bersama kerja - kerja amal Islami biarpun disinis dan disindir tajam, ia adalah ghuraba' yang dijanjikan kebahagiaan oleh Rasulullah saw.

8. PAS adalah Gerakan Islam yang membawa pakej perjuangan yang menarik, mengulangi pakej asal yang diperjuangkan oleh Rasulullah saw. Pakej yang dimaksudkan ialah tarbiyah, dakwah dan siasah. Melalui pakej ini, PAS bergerak ke tengah medan lantas mengadun gerakkerja amal Islaminya secara seimbang berasas ramuan 3 elemen dari pakej tersebut.

9. Adunan 3 elemen dari pakej itulah tercetusnya pelbagai slogan seperti :

* Pemuda PAS adalah Duta Penyelamat dan Kasih sayang. Bermaksud Pemimpin dan anggota pemuda PAS turun ke medan, menyantuni masyarakat dengan penuh kasih sayang biarpun mungkin suatu masa dahulu, mereka adalah musuh kita. Mereka menentang kita dengan kejahilan dan hasad dendam yang menyelubungi jiwa mereka. Namun mereka mesti diselamatkan dari terus menjadi hamba nafsu dan syaithan yang menguasai diri mereka untuk memusuhi Islam. Pemuda PAS adalah penyelamat, lalu selamatkan seramai mungkin manusia dari api dosa yang sedang membakar mereka.

* Orang Muda Geng Kite . Adalah slogan lanjutan untuk menterjemah "Duta Penyelamat dan Kasih sayang" bagi mendekati golongan muda dari pelbagai lapisan dan latar belakang. Dari anak muda professional sehinggalah kepada anak muda yang bergelandangan. Mereka didekati oleh pemuda PAS dengan pelbagai cara dan kaedah. Tertubuhnya Alternative Riding Club [ARC] dan wujudnya aktiviti seperti Alternative Futsal Club, Alternative Band Club dan sebagainya adalah untuk melengkapkan usaha mendekati anak muda.

* Jom Sertai PAS . Juga antara slogan popular PAS untuk mendekati semua golongan masyarakat agar mereka menyertai PAS. Menyertai PAS hanya semudah mengisi borang, membayar yuran tahunan dan bersedia mematuhi perlembagaan PAS atau undang - undang tubuh PAS. Penyertaan mereka akan diperkasa dari masa ke semasa melalui proses pentarbiyahan yang wujud di dalam PAS sehinggalah akhirnya mereka menjadi seorang ahli PAS yang soleh dan berjuang. Melalui slogan ini, telah ramai tokoh - tokoh yang suatu masa dahulu sangat memusuhi PAS namun kini berjuang bersama saf perjuangan PAS. Laksana tokoh - tokoh yang menentang Nabi saw kemudiannya menerima Islam lalu gigih berjuang disamping Nabi saw. Kepada mereka Nabi saw menyebut :

"yang terpilih [hebat] di zaman jahiliah jua terpilih [hebat] di zaman Islam asal sahaja mereka memahami Islam."

* PAS For All atau PAS Untuk Semua. Sebahagian dari slogan PAS yang berjaya meletakkan PAS dihati mereka. Bukan sahaja ummat Islam mahu menyertai PAS lalu menjadi ahli yang baik, malah non muslim turut melahirkan hasrat mahu bersama perjuangan Islam lalu tertubuhnya Dewan Himpunan Penyokong PAS [DHPP]. "PAS Untuk Semua" membawa maksud perjuangan PAS adalah untuk semua tanpa mengira latar belakang bangsa dan bahasa malah juga bermaksud semua boleh menyertai PAS asal sahaja mereka bersedia untuk mematuhi dasar dan manhaj perjuangan Islam yang dibawa oleh PAS.

10. Alhamdulillah, melalui gerakkerja amal Islami bersandarkan slogan - slogan di atas, kini menjadikan keluarga PAS kian besar sehingga mencecah angka sejuta. Pada tahun 1985 saya menjadi ahli PAS yang ke 274,589. Kini angka keahlian tentunya telah mencecah 9 angka. Kita menyedari, ada yang menyertai PAS kemudian gugur ditengah jalan kerana gagal bertahan dengan ujian atau tribulasi perjuangan ini justeru itulah sunnatullah, namun kita jangan kecewa dan putus asa untuk terus berdakwah, menyeru dan mengajak masyarakat ummat Islam menyertai PAS dan non muslim menyertai DHPP.

Biarpun seribu manusia sedang mentertawakan gerakkerja Amal Islami yang dilakukan oleh saudara, lalu menganggap dakwah saudara sebagai suatu lelucon dan kebodohan politik, yakin lah saudara sedang menjadi manusia dagang dan asing dengan Islam yang diperjuangkan. Sedang Rasulullah saw pernah menegaskan : Berbahagialah Sang Ghuraba'

Murnikan Perjuangan Maknakan Kemenangan

Nasrudin bin Hassan
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia
UNTUKMU SAUDARAKU...
12:46 PM | Author: mohd daud bin hassan
Individu adalah komponen terkecil penyusun masyarakat, Dia memegang peranan penting dalam menentukan perjalanan dan bentuk masyarakat itu sendiri. Oleh kerana itu, yang menjadi tonggak dalam gerakan kita adalah individu, kemudian keluarga, dan akhirnya masyarakat. Maka perbaikilah dirimu terlebih dahulu, kemudian serulah orang lain ke jalan kebaikan. Kerana terwujudnya peribadi-peribadi yang benar-benar mukmin akan membuka banyak peluang untuk berjaya. Inilah karakteristik Islam yang paling menonjol, iaitu pembentukan peribadi islami {takwin asy-syakhshiyab al-islamiyyah). Walau jumlah orang yang memusuhi Islam sangat banyak, namun jika kita dapat mengajak satu orang dari mereka dalam setiap hari agar mahu bergabung dalam dakwah islamiah, maka perlahan tapi pasti kita telah mengelakkan mereka dari kehinaan jahiliah menuju kemuliaan di bawah naungan cahaya Islam. Bukankah ini adalah tujuan dakwah? Bukankah mencari pengikut dengan cara seperti ini adalah tindakan yang bijaksana dan akan membuahkan hasil yang jelas? Tugas kita adalah meluruskan pendapat umum yang salah terhadap Islam. Jika individu boleh menjadi baik, maka masyarakat pun akan menjadi baik, dan dengan sendirinya Islam akan berdiri tegak. Dalam jamaah dakwah islamiah sendiri, kita mengadakan suatu program yang kita sebut dengan projek al-akh al-wahid, iaitu setiap anggota berjanji dan berusaha untuk mengajak setiap anggota baru dalam satu tahun. Tidak seorang pun diperbolehkan menunda-nunda waktu, kerana perputaran waktu adalah bahagian dan pengubatan dan pembentukan (at waqtu juz'un minal 'ilaj wat takwin). Sehari dalam kehidupan individu adalah setahun dalam kehidupan umat. Umat yang memahami akan hakikat kehidupan, mereka tidak akan pernah mati. Ini semua akan bergantung pada para da'ie dalam memandang kesucian dan kepentingan risalah dakwah serta bergantung pada pengorbanan para da'ie baik harta, tenaga, mahupun waktu. Yang perlu diperhatikan oleh para da'ie pada masa pembentukan (fase takwiniyab) adalah memberikan uswah hasanah, bertujuan menampilkan di hadapan masyarakat gambaran nyata tentang Islam. Ini harus dilakukan dengan kemantapan Kiat Memikat Objek Dakwah iman, pemahaman yang meluas, dan bertoleransi dalam masalah-rnasalah khilaf dan furu. Metod dakwah haruslah secara tadarruj (bertahap), sebagaimana firman Allah swt., "Dan berilah peringatan kepada kerabat-kerabatmu yang terdekat." (Asy-Syu'ara: 214) "Maka sampaikanlah olehmu secara terang-terangan segala apa yang diperintahkan (kepadamu) dan berpalinglah dari orang-orang musyrik. " (Al-Hijr: 94) "Telah diizinkan (berperang) bagi orang-orang yang diperangi, kerana sesungguhnya mereka telab dianiaya. Sesunggubnya Allah benar-benar Maha kuasa menolong mereka itu." (Al-Hajj: 39) Dari anasir jahiliah, Rasul menghasilkan pasukan hidayah. Dari anasir hidayah, Rasul menaklukkan negeri-negeri thaghut. Di jalan itulah, Rasul meletakkan sistem dakwahnya.
.JIHAD-“SUNNAH RASULULLAH YANG DI TINGGALKAN”
12:24 PM | Author: mohd daud bin hassan

Salam JIHAD buat semua sahabat-sahabat yang di kasihi Allah sekalian. Pertama kali memilih tajuk ini ntuk di muatkan dalam entri blog kali ini membuatkan terdetik di hati ini ingin berkongsi nya bersama sahabat sekalian.

JIHAD-“SUNNAH RASULULLAH YANG DI TINGGALKAN”.

Firman Allah SWT dalam surah AT-TAUBAH ;ayat 111 yang bermaksud ;Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin ,baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka.Mereka berperang di jalan Allah,sehingga mereka membunuh atau terbunuh (sebagai)janji yang benar dari Allah di dalam Taurat ,Injil dan Al-Quran.Dan siapakah yang lebih menepati janji nya selain Allah?Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu,dan demikian itulah kemenangan yang agung.

JIHAD menurut tafsiran DR.SAID RAMADHAN AL-BUTTI ialah mencurahkan tenaga pada jalan Allah dan menegakkan masyarakat Islam .Memberikan tenaga melalui peperangan ADALAH SEBAHAGIAN DARINYA.Adapun tujuan dan matlamat utama JIHAD adalah untuk menegakkan masyarakat Islam dan membentuk DAULAH ISLAMIAH.yang sebenar.

Sahabat-sahabat sekalian,kini ramai dari kalangan masyarakat sekarang yang salah faham mengenai pengertian JIHAD.Ada dikalangan kita yang menganggap bahawa JIHAD hanya dengan mengangkat senjata semata-mata.Ada juga yang menganggap jihad tidak relevan pada zaman moden ini.Dan ada juga yang menganggap jihad sebagai lambang keganasan dan Nabi tidak pernah menggunakan kekerasan dalam berdakwah.

Sahabat yang budiman,seandainya kita tahu bahawa JIHAD sebenarnya berkembang selari dengan perkembangan zaman dan teknologi.Jika pada zaman Nabi dan para sahabat JIHAD adalah berperang dengan musuh-musuh yang cuba memerangi Islam kini,JIHAD pada zaman sekarang adalah lebih mudah dilakukan seandainya kita fahami.

Antara contoh-contoh JIHAD pada masa kini ialah :

1)Membeli kamera,telefon bimbit mudah alih ,komputer dan pelbagai lagi alat teknologi yang bernilai ribuan ringgit

dan digunakan untuk kebaikan umat Islam dan agama Islam serta berdakwah ke jalan Nya.

2)Menyumbangkan harta,tenaga dan masa bagi menjayakan program-program berbentuk dakwah dan kebaikan umat

Islam.

3)Membayar yuran DPMM dengan niat agar digunakan bagi menjayakan program-program ilmiah dan ukhwah serta

taqarrub kepada Allah.

4)Menginfakkan sebahagian harta ke dalam dana syaqah PMRAM supaya generasi yang akan datang dapat

memanfaatkan syaqah tersebut untuk memudahkan kerja-kerja dakwah.

5)Bersama-sama dengan persatuan dalam menyeru kepada ma’ruf dan mencegah kepada kemungkaran.

6)Jika kita tidak mampu untuk menyumbangkan harta yang banyak,maka cukuplah dengan kita membantu mas’ul-

mas’ul program yang berbentuk dakwah dan ilmiah walaupun sekadar mempromosikan melalui YM dan

mengedarkan iklan serta mengasihani dan meringankan beban mereka.

Sahabat-sahabat,sedar ataupun tidak yang sebenarnya Allah telah pun menerangkan kepada kita tentang hukum bagi sesiapa yang meninggalkan JIHAD di dalam surah AT-TAUBAH ayat 38-39 yang bermaksud:

“Wahai orang-orang yang beriman!!Mengapa apabila dikatakan kepada kamu ,berangkatlah (untuk berperang)di jalan Allah “kamu merasa berat dan ingin tinggal di tempatmu?Apakah kamu lebih menyenangi kehidupan di dunia daripada kehidupan di akhirat??Padahal kenikmatan hidup di dunia ini (jika di bandingkan dengan kehidupan di akhirat hanyalah sedikit.Jika kamu tidak berangkat (untuk berperang),nescaya Allah akan menghukum kamu dengan azab yang pedih dan menggantikan kamu dengan kaum yang lain dan kamu tidak akan merugikan nya sedikit pun.Dan Allah maha kuasa atas segala sesuatu.

Dengan ini sahabat-sahabat,dapat lah kita menilai intipati tentang JIHAD yang mana ianya amatlah di tuntut oleh syara’iaitu dengan niat yang ikhlas tanpa mengharapkan apa-apa balasan,maka tidak cukup jika kita membantu dan menginfakkan harta atas dasar kasihan dengan rakan karib di samping tidak melanggar arahan dari pemerintah dan keluar dari batasan syara’.

Wallahua’lam………………

detik-detik sejarah dalam hidupku....
5:30 AM | Author: mohd daud bin hassan
pengarah unit bait muslim mansurah dan adhoc pelaksana
bergerak ke dewan...
hehe,selapas nie ust ismail pulak...
hadiah dari kawan2 pengajian islam dan perubatan mesir

huhuhu....penatnya angkat hadiah,sampai kena minta bantuan kawan untuk ambk hadiah
hehe....saat manis bersama zaujah...
kek dari kawan zaujah ana,sungguh menarik sekali....syukran kepada yang buat
bersama dengan ydp p.pinang dan exco bakan penang
makan bersuap....
bersama dengan mahasiswi bakan pulau pinang
bersama dengan pegawai bkan anak negeri kedah darul aman




abah akhirnya sampai juga ke dewan banat mansurah,syukran abah...
bersama rakan dari sekolah pondok dahulu...dia pun dh menjadi mutazauwijin
bersama dengan exco bkan negeri kedah

semasa majlis akad nikah di surau dewan melayu abbasiah kaherah mesir
keluarga...ini semasa majlis pertunagan...

yang pakai tudung hijau tu...mak ana...dan yang sebelah 2 besan mak ana
dulang-dulang pertunangan...
Alhamdulillah bersyukur kepada Allah S.W.T,Terasa lamanya blog ini sunyi dari sebarang etikel...kerana penulis kadang2 2 bz dengan keja2 luar,pertama sekali ana ingin menceritakan detik-detik sejarah dalam kehidupan ana,ialah perkawinan justuru itu...tamatlah lah zaman bujang ana pada 4 julai baru2 ini dengan menurunkan tanda tangan diatas sehelai kertas iaitu diatas borang nikah,xsangka la pulak rupa2nya dh jadi suami orang....hmmm,permulaan proses diperingkat family di malaysia iaitu majlis pertunangan pada awal bulan jun 2010,semua itu dibantu oleh abang2 ana...diperingkat mulanya ana nk buat kt malaysia,bincang punya bincang depa semua suruh buat kt sini,hmmm xboleh balik masia lagi la...mmkn thn depan plk la...dalam hati kecilku berbisik...hehe,apa2 pon ana akur dengan suruhan mereka,mereka kata ape2 pon janji bahagia tidak kira kt mana sekali pon...selepas itu ana pon terus berjumpa dengan bait muslim mansurah berbincang pengarah UBM iaitu ust nasir dan ahli jawatan kuasa beliau,mereka sepakat meletakkan tarikh kenduri 8 julai 2010,Alhamdulillah segala perancangan berjalan lancar sampai ke penhujungnya...di kesepatan ini ana ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada DEWAN PERWAKILAN MAHASISWA/WI MANSOURAH,Dan juga kepada pengarah wlimah ana iaitu ust sazamir dan timbalannya...dan juga seluruh adhoc pelaksana program,dan juga ajk kecil,di atas usaha gigih mereka berjaya juga walimah ana berjalan sepertimana yang dirancang,dan juga ana mengucapkan ribuan terima kasih kepas sumua yg terlibat secara lansung atupun tidak langsung,sekali lagi di kesepatan ini juga ana mengucapkan terima kasih di atas kehadiran mahasiswa/wi pengajian islam dan juga perubatan mesir...ana dan zaujah sangat2 terharu dengan limpahan hadiah dari semua yang hadir pada hari tersebut,syukran yaa rabb,hmmm di sini ada sedikit gambar2 semasa program walimah ana berlansung.
BAHANA MENINGGALKAN SOLAT
5:50 AM | Author: mohd daud bin hassan
KEMATIAN SEORANG PEMAKSIAT

Seorang lelaki telah terlibat dalam kemalangan,Datang seorang lelaki yang lain,mendapatinya dia dalam keadaan nazak.Lalu diajar mengucap dua kalimah syahadah tetapi jawapanya:

"AKU DALAM SAQAR,AKU DALAM SAQAR..." DAN TERUS MATI.

Lalu lelaki td bertanya kepada ahli keluarga si mati tentang si mati.Mereka menjawab "Dia tidak sembahyang."

Benarla Firman Allah swt.

"Apakah yang memasukkan kamu ke dalam saqar (neraka)?"Mereka menjawab:"Kami dahulu tidak termasuk orang- rang yang mengerjakan solat."(42-43: al-Muddathir).

Oleh itu,marilah kita segera bertaubat dari dosa-dosa yang kita lakukan,walaupun kecil dosa-dosa tadi,contohnya chatting tidak syarie,sembang lelaki perempuan tidak syarie tapi boleh membawa kepada dosa besar.Ulama berkata:Bukanya dosa kecil lagi jika dilakukan selalu.

Ada dua orang yang nazak masih menyanyi Walau diajar mengucap di Arab saudi.Inginkan kita mati dalam keadaan tengah bergayut lelaki dan perempuan???

Siksaan ketika hidup di dunia

1. Allah swt.mengurangkan keberkatan umurnya

2. Rezekinya dipersempitkan oleh Allah swt.

3. Tidak ada tempat baginya di sesi agama islam

4. Hilang cahaya soleh dari wajahnya

5. Amal kebajikan yang dilakukannya langsung tidak diberi pahala

6. Tiada diangkat baginya doanya ke langit


Siksaan Ketika sakaratul Maut

1. Ia akan menghadapi sakharatul maut dalam keadaan hina

2. Matinya dalam keadaan menderita kelaparan

3. Matinya dalam keadaan yang tersangat haus Walaupun diberi minum sebanyak air
didalam dunia ini.

"KETUK PINTU HATI SUCIMU,BERFIKIR DENGAN AKALMU,MAKA PILIHLAH DENGAN IMAN!!!" YA ALLAH GOLONGKAN KAMI DALAM GOLONGAN HAMBAMU YANG MENUNAIKAN SOLAT!
MUHARAM...
6:14 PM | Author: mohd daud bin hassan
Diperhatikan bahawa umat islam di kala ini terumanya di tanahair kita menyambut kemunculan bulan mulia ini ala kadar sahaja.Berlainan sekali apabila tibanya musim tahun baru Masihi.Hinggakan tidak menyedari datangnya 1 Muharam dan membiarkannya berlalu begitu sahaja.Begitulah liciknya perancangan para kuffar untuk memesong,meminggir dan akhirnya membakul sampahkan keutamaan dan kemuliaan hari-hari dalam islam daripada benak pemikiran umat islam seantara dunia.

Muslimin dan muslimat yang dikasihi kerana Allah S.W.T,
Di dalam bulan ini banyak peristiwa besar berlaku yang seharusnya disebut,dipeingati dan diwarisi buat generasi muda agar tidak luput dari dada-dada pemuda pemudi islam di hari mendatang.Di antaranya ialah kemuliaan 10 Muharam (A'syura).Abu laith berkata dinamakan A'syura kerana ia jatuh pada sepuluh Muharam.

para du'at yang dirahmati,
Dalam memperingati sejarah silam yang berkait rapat dengan bulan Muharam,kita juga tidak meminggirkan peristiwa besar yang berlaku pada awal kebangkitan islam iaitu peristiwa penghijrahan nabi Muhammad S.A.W dan para sahabatnya dari tanah Mekah Al-Mukarramah ke bumi barakah Madinah Al-munawwarah.padanya seribu satu i'brah dan pengajaran buat panduan perjalanan umat islam di akhir zaman ini dalam menyusuri denak denai yang pernah dilalui oleh golongan terdahulu dalam memikulbeban dakwah pada masa kini.Bermula daripada kebangkitan nabi Muhammad S.A.W sebagai rasul yang mendapat tentangan yang amat dasyat dari kaumnya sendiri,kemudian keperitan baginda dan para sahabat menanggung kalimah suci selama 13 tahun dimekah,kemudian dituruti pula peristiwa agung hijrah nabi Muhammad S.A.W dan para sahabatnya dan sambutan penuh mesra kaum Ansar dalam mendakapi kedatangan Islam dan akhirnya membawa kepada tertubuhnya sebuah Daulah Islamiah pertama di dunia di bumi Madinah Al-Munawwarah.

Maka dengan harapan menggunung tinggi buat para Azhari dan Azhariah yang terpikul tanggungjawab di bahu masing-masing agar dapat merenung kembali dan meneliti rahsia di sebalik tersirat peristiwa agung ini.Marilah bersama-sama kita 'melapah' sirah yang bernilai tinggi ini agar dapat diambil 'isinya' dan kemudian 'ditauzikkan' kepada umat islam ke seluruh pelusuk dunia amnya,di bumi tercinta Malaysia khasnya.